Pintu Kayu Durian
8 months ago
e-mel anda: Bayaran tambahan KFC
SAYA ingin membuat aduan berhubung restoran makanan segera KFC. Saya peminat KFC dan penggemar Cheesy Wedges. Bagaimanapun, mungkin disebabkan permintaan tinggi, kini KFC menetapkan kadar bayaran tambahan RM1 jika pelanggan mahu 'extra cheese'.
Di restoran KFC Taman Bukit Dahlia, saya ada meminta ‘extra cheese’ dan dimasukkan dalam bekas kecil yang sering digunakan untuk whipped potato manakala di KFC Persada, saya juga ada ‘extra cheese’, namun ia disatukan sekali dalam cheesy wedges. Soalan:
1. Adakah setiap restoran KFC berlainan standard dalam penyediaan makanan kepada pelanggan atau adakah bergantung kepada pengurus cawangan?
2. Apakah justifikasi kuantiti ‘extra cheese’ yang biasa didapati jika membeli cheesy wedges?
jawapan :
MERUJUK kepada aduan ‘Pelanggan Setia Johor Bahru’ mengenai produk kami iaitu Cheesy Wedges, pihak pengurusan KFC mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan dan sokongan terhadap KFC.
Untuk pengetahuan pelanggan KFC, restoran KFC mengenakan caj RM1 untuk setiap keju tambahan bagi hidangan Potato Wedges.
Di KFC, kami peka terhadap kehendak dan keselesaan pelanggan dan segala komen amat dihargai.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT KUMPULAN KFC HOLDINGS.