Wednesday, October 07, 2009

10 website add-ons yang bleh tingkatkan trafik blog korang

ari ni nak berkongsi ngan korang 10 website add-ons yang boleh tingkat kan trafik blog korg.. nape kena tingkatkan trafic? sebab org ckp trafik menentukan populariti sesuatu blog dan meningkatkan peluang menambah pendapatan.. yeke? xtau la.. kena tanye tuan punye tips la RahsiaEbiz.. hehe


okey mari kita mulakan :

tips 1
Letak forum board atau shoutbox. Ia membolehkan interaksi dilakukan dengan lebih baik yang mana berkemungkinan pelawat ingin mengemukakan soalan dan orang lain boleh menjawabnya.

tips 2
Letakkan direktori web yang membolehkan orang lain letakkan link web mereka. Ia sebagai salah satu promosi dan berkemungkinan pelawat berminat untuk melayari web yang ada kaitan dengan minat dan hobi mereka.

tips 3
Letakkan artikel menarik dalam website dan update selalu supaya pengunjung lebih kerap datang untuk dapatkan maklumat terbaru.

tips 4
Letakkan arkib e-zine anda supaya dapat dilawati oleh sesiapa sahaja yang terlepas isu e-zine yang lama. Ia ibarat majalah lama yang boleh di'recycle' semula.

tips 5
Letakkan ebook percuma di dalam website dan pelawat akan download, study dan membaca resource tersebut.

tips 6
Letakkan galeri gambar kerana ia adalah antara daya penarik perhatian yang cukup bagus bagi 'menghidupkan' website anda.

tips 7
Bubuh video atau audio berkaitan apa-apa isu yang menarik dikongsi bersama. Mungkin video lawak, hiburan atau ilmiah yang dapat membantu orang ramai.

tips 8
Letakkan laman 'about me' di dalam web anda kerana pelawat cenderung mengetahui siapa di belakang tabir dalam pembinaan web anda.

tips 9
Letakkan classified ads percuma supaya pengunjung anda boleh mempromosikan tawaran mereka serta membolehkan orang lain melihat tawaran menarik di dalam web anda.

tip 10
Letakkan polls/vote system untuk membolehkan pelawat membuat undian terhadap apa jua isu yang dapat menarik perhatian semasa.


amacam? berguna x? kalo ikutkan aku dh buat/penah buat sume yg die cakapkan tapi blog aku tetap tak popular dan aku tetap tak dapat duit.. :P

p/s : credit to RahsiaEbiz

3 comments:

BuLaN iTu aKu said...

hehehe..
kalau nak popularkan senang je..
tulis entry mengenai isu sensetif..
pastu kene saman..
best kan..

Zoelhilmi said...

zami, thanks sebab post kat blog.sama2 kita cuba..

http://simplyzoel.blogspot.com
http://zoelhilmi.blogspot.com

zaiMi said...

BuLaN iTu aKu : isu sensitip? mmg bagus.. tapi kalo smpai condemn org xelok gk .. buat tmbh dose je..

Zoelhilmi : sama-samalah mencoba..

Post a Comment

setiap komen anda amat-amat dihargai