Thursday, October 01, 2009

kenapa kena selfish?

aku tak paham dengan sesetengah orang ni.. kenapa die asyik nk cakap bahawa die la yang slalu terkedepan? bahawa die la yang terbaik? orang-orang yang tak sama ngan die sume ketinggalan? perlu ke nk kena selfish sampai cmtu?

contoh yg die cakap :

1. Apabila ditanya mengenai apa alamat sesebuah website, korang akan menjawab “w w w, dot … bla bla bla ” instead of tanpa www.

jawapan aku : macam tu dikira ketinggalan zaman ke?

2. Bila korang mendengar orang bercakap address website tanpa www, korang akan bertanya, ” Eh, ade www ke takde? ”

jawapan aku : ade kawan aku penah cite dulu cikgu die suruh lukis bola dan padang bola.. ade sorg budak ni tanye cikgu balik, nak lukis bola asing padang bola asing atau bola di dalam padang bola? cikgu tu cakap budak tu ade ciri2 org yg bijak & dan mmg btul die terlalu genius untuk budak sebaya ngan die..

3. Apabila menaip address sebuah website di browser, korang akan menaip secara penuh. Contohnya “www.scukz.com” atau “scukz.com”.. Padahal orang zaman sekarang hanya akan menaip “scukz” diikuti Ctrl + Enter untuk “com”, Shift + Enter untuk “net” dan Ctrl + Shift + Enter untuk “org”.

jawapan aku : shortcut hanye utk org2 yang pemalas macam ko..

4. Anda membeli laptop berjenama Acer yang terkenal dengan harga murah tapi kualiti pasar malam. Macam member xxxx dia cakap laptop Compaq harga sama tapi takde build-in camera macam Acer yang dia beli tu. Well, selamat berhibur dengan sound Acer yang hanya 45% kekuatan bunyi Compaq dan pelbagai masalah hardware dan driver beberapa bulan selepas itu. Percayalah!

jawapan aku : kalo laptop diorg rosak pn ade diorg guna duit ko ke utk baiki? yang ko kecoh sgt pehal? duit diorg taste diorg sukati diorang la..

5. Berlumba-lumba beli handphone yang “ada 3G” kononnya mengikut trend, hakikatnya kredit yang selalu kosong dan 3G masih belum diactivate. Jika activate’pun, boleh dikatakan tak sampai 10 kali pun korang gunakan untuk video call mahupun internet.

jawapan aku : yang ni pn 1.. sukati die la dh die ade duit.. yang ko sibuk pehal? dh ko mmpu pakai 3310 je ko pakai je la.. bising nk mmpos!

6. Korang merasakan korang dah menaip laju padahal korang masih menggunakan 3 jari disebelah kanan dan 3 jari lagi disebelah kiri. Hanya mereka yang menggunakan 10 jari sepenuhnya boleh dianggap menaip laju. Kalau yang still guna satu atau dua jari tu, lagi la tak boleh diterima.

jawapan aku : nape ko xleh trima kalo menaip guna 1 @ 2 jari? sebab takut org mintak ko tolong taipkan? bahalol!

7. Korang kecoh cakap tak boleh nak nengok Youtube. Alasan internet lembap. Tak Guna Tmnet! Then masuk xxxxxxxx ni pon korang kata slow dan lembap. Apa punya owner la korang kata. Ntah hosting lembap mana la dia sapu. xxxx jugak kena. Hakikatnya, korang guna dial-up lagi rupanya. What the Fish?!! At least, Streamyx la babe!

jawapan aku : hek elehh! blagak gile ah mamat ni.. ko jutawan ke ar?

8. Masih merasakan Blogspot jauh lebih baik dari Wordpress. Malas nak komen macam-macam since ramai reader kat sini pun dari Blogspot kot. Kesimpulannya, bertukar kepada Wordpress. Ape blogdrive lagi? hahaha. Oh tidak.

jawapn aku : blogspot ke wordpress ke sama je.. ttp bleh guna utk berblog.. ape masalahnye?

9. Masih beratur panjang kat Pejabat Pos untuk bayar bil air, api, astro dan sebagainya. Ek eleh, internet kan ade.. Method paling mudah, gunakan Maybank2u. Begitu juga untuk topup dan sebagainya. Nak beli Choki Choki tak boleh la yer.

jawapan aku : nape la ko nk hina org sampai cmtu skali? mak bapak ko bayar bil pakai internet ke?

10. Masih menonton berita jam 8 Malam di RTM1 berbanding TV3..

jawapan aku : pasal berita pn ko nk kecoh.. RTM1 ke TV3 ke berita die sama je.. cara penyampaian je lain2.. kalo ko suke tgk TV3 ko tgk la.. xyh nk condemn pengikut RTM1..

11. Tido pada jam 9 malam dan bangun pada jam 7 pagi. Korang dah bazirkan lebih dari 1/4 masa korang dalam sehari dengan tidur. Kalau sometime-sometime sebab penat boleh diterima, tapi kalau itu dah memang jadual korang, susah la nak cakap.

jawapan aku : hahahah! haaa kan aku dh gelak.. kalo ko ade insomnia ko pegi la spital ambik ubat k?

11. Masih menggunakan Yahoo! instead Google untuk search apa-apa di internet. Google adalah yang terbaik kalau korang nak search apa-apa maklumat. Untuk Yahoo! pulak, since Flickr (cara sebutan adalah “fliKer”) tu dia punya, memang terbaik untuk search images yang cantik.

jawapan aku : aku suke yahoo search.. abis ape ko nk buat kat aku?

12. Still menggunakan sistem chat paling simple, MIRC. Tolong la bertukar ke Yahoo Messenger atau Google Talk. Kan lebih enak. Tapi itupun kalau gunakan MIRC untuk Chat. Kalau guna ke , korang mmg up to date.

jawapan aku : aku tau nape ko xsuke mirc.. mesti sebab ko xreti nak guna kn? @ pun nick ko penah kena ban ngan mirc sebab ko suke ckp lucah kn? betul x?

13. Korang apply internet mahal-mahal sampai RM130 sbulan (contoh Maxis Broadband). Tapi masalahnya korang gunakan just untuk Online Myspace, Facebook dan sebagainya. Alahai? Boleh fikir cara camne nak guna internet jugak untuk bayar bil internet korang tu tak?

jawapan aku : walau pn bil aku mahal tp aku xpenah mintak duit ko utk bayar bil aku.. kesian ko..

14. Pos surat guna setem.

jawapan aku : ko tinggal kat bandar lain la bai.. orang pos surat guna setem pn ko nk kecoh.. xde keje lain ke?


memang aku btul-btul xpaham ngan mamat ni ngan pemikiran die.. mungkin die saja buat kontroversi sebab nak tarik trafik.. konon-konon nak buat duit.. tapi bukan cmtu caranye bai.. bukan dengan mengondemn orang lain.. tau la ko mungkin saja suke-suke nak bagi blog ko gempak tp nape nk cakap org lain ketinggalan zaman? ko up to date sangat ke? walau pn ko sangat up to date tp ko tetap tinggal di negara dunia ketiga.. igt tu..

papehal pn itu adalah cara ko cari duit.. dan aku harap rezeki yang ko dapat takkan bawak ko ke neraka.. ciao



8 comments:

cik syazni said...

sape yg ckp cmtu tu?
itu namenye provokasi,
beerti, dia mmg sj nak bangkitkan kemarahan orang lain.

bodoh btol la dia..huh!

zaiMi said...

ade la.. nnt aku tunjuk text penuh die..

::cdot the dot:: said...

sape mamat tu? gila tahap khinzir btul hek...tp takmo la layan dia, zaimi ooiii...jap lg kita plak kena jangkit sawan dia tu...cimpanzi tol...

zaiMi said...

::cdot the dot:: : kalo bagitau sape org tu msti sume org tau sebab blog die mmg agk femes.. ape pn spt yg cdot ckp.. xmo layan gile die yang tahap khinzir tu.. biar die khinzir sorg2.. hehe

BuLaN iTu aKu said...

wahhh marah betul dia..
msti ditujukan kepada seseorang..
hehehe.. bagus2...

zaiMi said...

BuLaN iTu aKu : mmg marah.. sebab die mempertikaikan benda yang x masuk akal.. pantang betul org yg blagak ni..

-atiQah- said...

heeee...teruknya....sape la dia tu...mcm la bgus sgt...

plg suka, "shortcut hanya utk org pemalas"...mmg dia tuh pemalas, sbb tu nak byr bil pun guna internet je..

zaiMi said...

-atiQah- : setuju!! hehe

Post a Comment

setiap komen anda amat-amat dihargai